Rabu, 22 Oktober 2014

Program Menambat Hati Pengguna Rumah

Assalamualaikum wbt....

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa istimewanya sos keluaran AZAD. Mungkin ada yang beranggapan semua jenama sos adalah sama. Mungkin juga ada pengguna yang takut untuk mencuba sos yang lain dari jenama yang selalu anda beli. Kadangkala saya terfikir sekiranya terdapat barang berjenama baru yang berkualiti pada harga yang murah, tergerak kah hati para pengguna untuk mengubah jenama yang biasa digunakan kepada barang jenama baru tersebut? Namun begitu, semuanya terpulang kepada kehendak masing-masing. Bagaimana pengguna mengetahui kualiti dan kelazatan sos ? Merasa sos di kedai-kedai? MUSTAHIL...nekad untuk mencuba? apa salahnya....

Bagi mengatasi masalah ini... Kumpulan Promosi AZAD telah mengambil langkah untuk turun padang bagi menambat hati pengguna rumah. Kami mulakan dengan penyertaan PROGRAM MEMASAK BERSAMA KEMAS. Pada 19 Oktober yang lalu, kami telah membuat demo masakan di Taman Panchor, Batu Pahat. Resepi yang kami kongsikan adalah Daging Masak Lada Hitam AZAD dan Ayam BBQ AZAD.

Ayam BBQ AZAD yang sangat lemak manis.... hmmmm xcukup-cukup makcik makan

Warga Taman Panchor sangat ramah dan mereka sangat gembira menerima kunjungan kami. Komen-komen yang diberikan kami terima dengan besar hati. Ada juga cadangan mereka agar Perusahaan Azharazad mengeluarkan pelbagai jenis mayonis dan jem. Maklumlah mereka juga terdiri daripada peniaga yang menjual produk dari rumah dan ada juga yang menyediakan katering. Cadangan-cadangan tersebut kami terima dan mungkin kami akan jadikan panduan pada masa hadapan. Gambar dibawah adalah antara kenangan terindah kami bersama penduduk Taman Panchor, Batu Pahat.

Sempat lagi bergurau senda

Fokus kak, fokus!!

Gambar kenangan bersama peserta

Jutaan terima kasih kepada penduduk Taman Panchor amnya kerana memberi kerjasama kepada kami bagi menjayakan program ini dan khasnya bagi Jabatan KEMAS SRI GADING kerana memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mempromosikan produk kami terus kepada pengguna rumah. Jasa baik kalian tidak dapat dibalas dengan kata-kata. Bagi mereka yang ingin menyertai kami dalam PROGRAM MEMASAK BERSAMA KEMAS, kami akan adakan beberapa sesi lagi seperti berikut:-

29/10/2014 (Rabu)- 9.00 pagi di Pusat Kegiatan Sri Gading Parit Jelutong, 86400 Parit Raja

03/11/2014 (Isnin) - 2.30 petang di Balai Raya Parit Daun, 86400 Parit Raja

11/11/2014 (Selasa) - 2.30 petang di Balai Kelompok Sri Menanti Mk10 Senggarang

23/11/2014 (Ahad) - 2.30 petang di Balai Raya Parit Yaani Tengah , Parit Yaani

30/11/2014 (Ahad) - 2.30 petang di TASKA Taman Putera Indah Tongkang Pecah

Selain program memasak, kami akan menjual sos dengan harga yang cukup rendah.... boleh la borong banyak-banyak... Baiklah, semoga berjumpa lagi. Jangan lupa datang ke program kami.
Wassalam......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan